Pages

Friday, 21 September 2012

Perubatan Tradisional

Perubatan Tradisional: Antara Manfaat Dengan Risiko 


        



        kebanyakan sediaan herba dibekalkan dalam beberapa bentuk dos. Ramai yang mempersoalkan tentang ketepatan dan keberkesanan dos-dos tersebut. Pengamal perubatan tradisional yang berpengalaman mengatakan bahawa ini tidaklah bermakna pengamal perubatan tradisional tidak tahu langsung tentang amaun ubat yang diberikan. Ada ketikanya sediaan tersebut diberikan berasaskan pertimbangan yang dibuat oleh pengamal sendiri berdasarkan pengalaman lalu dan keadaan pesakit. Pengamal-pengamal perubatan tradisional yang berpengalaman dan terlatih selalunya akan memberikan dos-dos yang berlainan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. 
      Mereka juga menegaskan tentang perbezaan dos dari segi jantina serta memberikan peringatan khas kepada wanita terutamanya yang hamil. Di dalam kebanyakan kes, wanita-wanita hamil tidak digalakkan memakan ubat-ubat tradisional tanpa sebarang nasihat khusus mengenainya. Oleh yang demikian perhubungan di antara pengamal dan pesakit adalah mustahak dan perlu untuk menentukan bentuk perubatan alternatif ini berkesan dan memberi manfaat. Keterangan yang tepat dapat membantu untuk lebih memahami kesan baik dan buruknya sesuatu persediaan tersebut. 


         Praktis perubatan tradisional melarang pengambilan beberapa jenis makanan di atas beberapa sebab yang lazimnya berkaitan dengan konsep perubatan tradisional itu sendiri. Walau apa pun pandangan masyarakat terhadap perubatan tradisional ini, seperkara yang harus diingatkan bahawa seperti perubatan moden juga ia bukanlah satu sistem perubatan yang tiada cacat-celanya. Ketika membincangkan kekurangan data saintifik mengenai keberkesanannya, ramai yang masih ragu tentang ketepatan dos yang diberikan dan diagnosis yang mungkin kurang tepat. Walau bagaimanapun, perkara ini pun boleh berlaku di dalam sistem perubatan moden. Oleh itu adalah lebih baik meyakinkan dan bermakna sekiranya amalan perubatan tradisional ini dilakukan oleh orang yang betul-betul berpengalaman dan pakar dalam bidang tersebut. 

POST NUR AMIRAH 

No comments:

Post a Comment