Pages

Friday, 21 September 2012

PERNIGAAN KEDAI RUNCIT


  • Tip untuk Mengusaha Perniagaan Runcit

Untuk semua yang hendak memulakan perniagaan, banyak tips yang kami beri untuk anda. Sebelum kita membuat keputusan untuk membuka atau mengusahakan perniagaan runcit, pastikan kita mesti ada cara yang perlu tahu iaitu:

  • Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.
  • Anda perlu belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.
  • Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.
  • Seseorang usahawan itu mesti 'hands-on' dalam mengusahakan perniagaan. 
  • Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan. 
  • Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati. 
  • Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini. 
  • Anda perlu prihatin terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaeadah. 
  • Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi. 
  • Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain. 
  •  Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda. 
  •  Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik. 
  • Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu seperti pinjaman bank, lesen-lesen, sebut harga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.
  • Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda...

  •    

  • POST NUR AMIRAH 


No comments:

Post a Comment