Salam sejahtera... :-)
Kami ingin berkongsi tentang Peluang Perniagaan Pasar Malam. Ia merupakan satu perniagaan yang boleh dimulakan dengan modal yang tidak besar. Kadar purata modal pusingan untuk memulakan perniagaan air soya di pasar malam contohnya bagi pendapat kami ia memerlukan modal sekitar RM300 hingga RM1000 sahaja. Kadar keuntungan bergantung kepada jenis barang atau produk yang anda jual. Produk makanan dan minuman biasanya boleh memberi kadar keuntungan sehingga mencecah 100% hingga 200% daripada modal yang dibelanjakan. Produk pakaian pula mungkin akan memberikan kadar keuntungan yang lebih rendah sekitar 30% hingga 70%. Walaupun kadar keuntungan yang lebih rendah, risiko pembaziran pula lebih minima kerana produk pakaian tidak akan busuk dan tidak perlu dibuang jika tidak dapat dijual seperti produk makanan.

Oleh itu, saya rasa anda mestilah pandai membuat pemilihan produk yang sesuai amatlah penting sebelum memulakan perniagaan pasar malam. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membuat semakan menyeluruh sebelum membuat keputusan untuk memilih sesuatu produk. Adalah lebih baik jika anda mempunyai pengetahuan dan selok belok menjual produk pilihan anda. Contohnya anda memang seorang pakar memasak oleh itu anda seharusnya memilih produk makanan untuk dijual. Jika anda seorang yang pentingkan gaya dan suka membeli pakaian, produk pakaian mungkin pilihan yang sesuai untuk anda.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak ada kepakaran, tidak ada pengetahuan tentang sesuatu produk ,kami ingin mencadangan dan berkongsi pendapat supaya anda juga masih boleh menceburi perniagaan pasar malam.Oleh kerana banyak produk yang dibekalkan oleh pembekal untuk dijual. Contohnya keropok lekor, kerepek, air soya dan produk soya yang lain, ayam goreng ala barat, kentang goreng, buah-buahan, sayur-sayuran, produk makanan sejuk beku, produk makanan laut dan banyak lagi. Anda juga boleh mencari maklumat tentang produk makanan yang disebutkan tadi di laman sesawang. Banyak pembekal akan memberi maklumat termasuk gambar dan terma-terma yang perlu anda patuhi jika berhajat untuk menyertai kumpulan pembekal tersebut. Jika cara ini yang anda pilih, anda mungkin dimestikan oleh pembekal untuk membeli beberapa alatan yang mereka sediakan untuk tujaun promosi ataupun keseragaman. Biasanya produk-produk yang dibeli daripada pembekal-pembekal ini sudah pun diterima oleh banyak pelanggan. Oleh itu anda pasti tidak akan susah untuk menjual produk tersebut.
Semakan yang anda perlu lakukan selain daripada produk yang hendak dijual ialah lokasi pasar malam, kemudahan kawasan sekitar pasar malam, penganjur yang menguruskan pasar malam tersebut, sambutan pengunjung dan sikap para peniaga yang lain.
Saya harap anda mendapat berminat dengan cadangan ini :- )
POSTED BY KARTIKA
No comments:
Post a Comment