Pages

Thursday, 20 September 2012

PEMBUKAAN KEDAI DOBI




SALAM SEJAHTERA ..........  ;-)


 saya ingin membantu sesiapa dia luar sana yg teringin membuka perniagaan ini :-)




     Seringkali ditanya oleh bakal usahawan berkenaan konsep yang ingin dijalankan. Seringkali juga saya nyatakan kepada mereka fikirkan akan logiknya. Sebagai contoh kepada yang ingin membuka perniagaan , saya cadangkan anda supaya membuka perniagaan dobi.kalau anda berminat anda boleh membuka dengan berkonsepkan  ‘Café Laundry’ dan ‘self service laundry’. Apa yang telah saya ketahui di Negara barat terdapat banyak pengusaha dobi yang menjalankan perniagaan yang berkonsepkan ‘café laundry’ dan ‘self service laundry’. Disini saya memaklumkan kepada bakal usahawan, di negara barat sebab mengapa pelanggan menghantar pakaian ke kedai dobi adalah kerana setiap unit rumah dikawasan bandar contohnya kondominium , mereka tidak disediakan tempat menyidai pakaian dan gaya hidup dinegara barat amat berbeza dengan gaya hidup kita di Malaysia.


     Walauapapun konsep yang anda ingin dibuat pastikan ianya sesuai dengan keadaan kita di Malaysia. Disini saya akan memberi sedikit banyak . Pengetahuan saya  pemilik dobi yang menjalankan perniagaan hanya dengan cucian biasa tanpa dry cleaning modal dalam Rm 42000 - rm 50000 dan anda akan mendapat untung yang lebih dengan cara ini.

     
   Selain itu juga,  saya cadangkan awak buka kedai e-cosway kerana sewa kedai xperlu bayar walaupun sewa bulanan anggaran saya rm3000odan bil elektrik melambung pun tak ada hal,company tetap bayar jgak. hehehe....... 
   
  Untuk pengetahuan anda lokasi dan target market adalah penting didalam sesuatu perniagaan.dobi ni secare am nya terbahagi kepada dua..satu yg ada dry cleaning dan satu lagi dobi yg tak ada dry cleaning..kebanyakan dobi sekarang ni tiada dry cleaning kerana banyak orang tak tahu yg sekarang nih sudah ada mesin dry cleaning yang teramat murah berada di pasaran.. 

    Sejak kebelakangan ini saya lihat industri dobi yg sedikit masa lalu dimonopoli oleh kaum asing, kini menjadi pilihan ramai usahawan baru bumiputera. Jangan hanya mendengar cerita-cerita indah dari syurga sahaja :-). Kisah sebaliknyanya juga  perlu diambil kira. Mereka yg terlibat dlm memberi nasihat juga perlu ikhlas dan tidak mengambil kesempatan daripada hasrat murni usahawan baru. :-)

Permulaan perniagan anda msetilah membeli senarai yang dibawah ini :-
  1) mesin dry clean ( rm 80 000)
  2) mesin basuh biasa yg jenis komersial ( rm15 000 )
  3) dryer ( rm 15 000)
  4) steam iron + ironing board ( rm 5 000 ) 



    Kepada bakal usahawan dobi, kalau nak tau potensi perniagaan anda, kaji dan selidik lokasi anda dgn terperinci. Jgn jadikan laporan dan cerita dari luar kawasan anda sebagai keputusan akhir anda. tidak salah kalau anda luangkan masa 3-6 bulan untuk membuat kajian daripada membuat pelaburan wang simpanan atau pinjaman tetapi mampu untuk membayar disebabkan oleh salah informasi. Selain itu anda juga  Biar lambat asal selamat.   :-)








POSTED BY KARTIKA... 

No comments:

Post a Comment