Salam sejahtera .....
Ramai orang yang ingin memulakan perniagaan sering bertanya , bagaimana cara ingin memulakan perniagaa? bagaimana cara untuk
memulakan bisnes? bagaimana cara menyewa kedai ? bagaimana cara membuka
perniagaan? dan banyak lagi. Antara bisnes yang popular di Tanya ialah
perniagaan makanan, perniagaan tudung, perniagaan restoran, perniagaan runcit,
perniagaan butik, perniagaan kain pasang, perniagaan kedai makan, membuka cyber
café, kedai kecantikan dan banyak lagi..Selepas soalan yang saya tahu mereka juga akan bertanya kan bagaimana membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan? bagaimana
mendapatkan bantuan perniagaan ?
Sebenarnya nak buat bisnes bukan modal persoalan utamanya
tetapi sejauh mana anda bersedia melakukan perniagaan tersebut. Jika anda
mempunyai modal tetapi tidak mempunyai masa untuk menguruskannya pun tidak
menjadi juga. Jika anda mempunyai masa tetapi tidak tahu cara menguruskannya
pun tak menjadi juga.
Walau bagaimanapun, menguruskan perniagaan bukan juga
persoalan utamanya. Adakah anda bersedia dengan strategi bagi mempromosikan
perniagaan anda. Sejauh mana kekuatan pemasaran anda. Sejauh mana anda mampu
bersaing dengan pesaing anda. Kadang-kadang saya sering tertanya samada yang
mana perlu dilakukan dahulu?
lagi pun perniagaan ini bagi saya dia bergantung kepada permasaran . Jika anda pandai mengatur strategi
pemasaran, bisnes apa pun boleh dikatakan menguntungkan. Jika saya kata antara
perniagaan yang menguntungkan pada masa kini ialah makanan dan pakaian tetapi
anda sendiri tidak tahu selok belok industri ini tentu anda sukar untuk
berjaya. Jadi, mulakan sesuatu bisnes di mana anda sendiri mempunyai kepakaran
dalam bidang tersebut. Oleh yang demikian, anda tidak memerlukan membazirkan
masa dan wang ringgit untuk belajar.
Akhir sekali, cari bisnes yang benar sesuai dengan anda dan
mulakan secara kecil-kecilan mengikut kemampuan anda. Bak kata orang :Biar
kecil asalkan berhasil… :-)............
Kami harap apa yang kami kongsikan ini akan memberi manfaat kepada anda semua :-)
POSTED BY KARTIKA
POSTED BY KARTIKA
No comments:
Post a Comment