Pages

Friday 21 September 2012

PERNIAGAAN HIASAN DALAMAN

Hye,,,,,

untuk semua yang hendak memulakan perniagaan tentang hiasan dalaman, saya ada tips yang hendak dikongsikan kepada anda semua......

           Sebelum melibatkan diri di dalam mana-mana perniagaan, adalah penting bagi setiap bakal 
usahawan membuat tinjauan terhadap kemampuan diri dan terhadap dayamaju perniagaan yang 
bakal diceburi. Maklumat asas yang perlu diketahui oleh bakal usahawan dari segi keperluan 
modal dan kos perniagaan sementara maklumat tambahan adalah seperti faktor-faktor 
persaingan dan maklumat persekitaran contohnya syarat penubuhan perniagaan seperti aspek 
perlesenan dan  perundangan. Pengetahuan clan keanggotaan di dalam persatuan-persatuan 
yang berkaitan dengan pemiagaan juga membolehkan bakal  usahawan mendapatkan dan 
menambahkan maklumat lanjut berkaitan dengan perniagaan  dari masa ke semasa dan 
seterusnya dapat mewujudkan jaringan perhubungan di dalam perniagaan.       


(A) Pengusaha

1). Kelayakkan yang diperlukan
Seseorang yang ingin memulakan perniagaan  hiasan dalaman perlulah sekurang-kurang
memiliki kelayakan Sijil Rendah Pelajaran di samping mempunyai bakat dan minat yang
mendalam terhadap bidang ini. Manakala untuk meningkatkan daya saing, pemilikan sijil-sijil
profesional yang berkaitan seperti sijil profesional di bidang hiasan dalaman, alam bina dan
rekabentuk pengkomputeran adalah merupakan satu kelebihan kepada pengusaha.



(B) Produk

Dalam aspek produk, perkara yang dibincangkan adalah kategori produk (perabot dan  hiasan
pelengkap/'finishing'), bagaimana bekalan diperolehi, bilangan pembekal, cara pembayaran,
peralatan khusus perniagaan, peletakan harga produk dan kaedah melakukan jualan.


(C) Operasi

1) Hari/Waktu Beroperasi
Kebanyakkan peniagaan hiasan dalaman di buka setiap hari (tujuh hari seminggu). Peniaga
biasanya membuka perniagaan dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

2)Bilangan pekerja
Jumlah bilangan pekerja yang diperlukan bagi memastikan perniagaan berjalan dengan lancar
tidak tertakluk kepada keluasan premis perniagaan. Secara purata, peniaga boleh mengambil di
antara satu hingga tiga orang pekerja tetap.


(D) Pasaran

1). Kumpulan Sasaran/Jenis Pelanggan
Kumpulan sasaran perniagaan ini adalah pelanggan-pelanggan residen dan organisasi yang
datang dan terus membeli di premis perniagaan. Di samping itu peniaga boleh menambahkan
pelanggan dengan mendapatkan kontrak atau tempahan daripada hotel atau restoran.
Kontrak jangka panjang biasanya didapati melalui kenalan atau saudara  mara dan juga
promosi yang dilakukan.
2). Pesaing Utama
Pesaing utama peniagaan ini  adalah peniaga-peniaga hiasan dalaman yang berniaga
berdekatan dengan premis, peniaga-peniaga yang lebih besar yang telah lama beroperasi  dan
kedai-kedai rangkaian hiasan dalaman.


(E) Kewangan

1). Jumlah Jualan Bersih
Peniaga boleh menjangkakan jualan bersih di  antara RM6,000 hingga RM100,000
sebulan. Secara puratanya jumlah jualan bersih antara RM40,000 hingga RM80,000.
Adakalanya jumlah jualan bersih akan meningkat sehingga mencapai RM200,000
terutama sekali jika peniaga mendapat kontrak yang besar. Bagi premis perniagaan
yang terletak di pusat membeli belah jumlah jualan bersih  sebulan antara RM60,000
hingga RM100,000, manakala di pusat perdagangan antara RM70,000 hingga
RM80,000 dan di bangunan persendirian antara RM60,000 hingga RM 100,000.
2). Titik Pulang Modal Perniagaan
Pada kebiasaannya titik pulang modal perniagaan hiasan dalaman adalah di antara
RM7,500 hingga RM10,000 sebulan. Kadangkala peniaga boleh juga memperolehi titik
pulang modal perniagaan di antara RM20,000 hingga RM23,000. Manakala bagi premis
perniagaan hiasan dalaman yang terletak di pusat membeli belah majoriti titik
pulangan modalnya iaitu antara RM7,500 hingga RM10,000, di pusat perdagangan
antara  RM15,000 hingga RM20,000 dan pemiagaan di bangunan persendirian antara
RM20,000 hingga RM30,000.


(F) Promosi

Adalah penting bagi memajukan sesebuah syarikat menjalankan promosi bagi memberi
maklumat kepada orang ramai dan dapat menyakinkan mereka dengan barangan atau
perkhidmatan yang ditawarkan. Promosi boleh dijalankan melalui pengiklanan seperti di
dalam suratkabar, majalah dan `Yellow Pages'. Promosi kaedah langsung juga boleh
dilakukan melalui penggunaan fliers brochure, clan katalog. Pada kebiasaanya promosi
dijalankan semasa musim-musim perayaan clan apabila produk baru diperkenalkan.
Sesuai dengan kemajuan teknologi terkini kaedah promosi melalui internet perlu
dilakukan dan peniaga-peniaga boleh membuat 'homepage' serta laman web mereka
sendiri.

   

          


No comments:

Post a Comment