Pages

Thursday 20 September 2012

PERNIAGAAN SECARA ONLINE




SaLaM SeJaHteRa .....


     Anda tahu , kini memulakan perniagaan bukan lagi susah. Pada pendapat saya tidak perlukan lagi modal yang besar untuk menyewa kedai atau membeli barang-barang perabot pejabat. Anda boleh sahaja boleh menjadikan rumah anda sebagai pejabat atau tempat menjalankan bisnes Online anda. Perniagaan online semakin hari semakin mendapat perhatian oleh ramai pihak kerana sesiapa sahaja boleh menjual secara online. Ramai juga rakyat di Malaysia sudah berani dan mula membeli secara kerana online kerana ianya lebih mudah tanpa perlu bersesak di jalanraya atau di sukar mencari parking.

     Kebaikan perniagaan Online ialah, anda banyak menjimatkan banyak duit untuk menyewa kedai serta boleh menjalankan secara sambilan. Ada juga yang berjaya mendapat pendapat yang tinggi dengan melakukan secara sepenuh masa.
    
    Untuk memulakan perniagaan Online , bagi saya anda perlu banyak belajar bagaimana untuk bermula secara efektif dan kaedah yang betul. Jika tidak usaha anda akan sia-sia atau keuntungan yang diinginkan tidak tercapai. Antara Perniagaan Online  yang semakin berkembang ialah menjual tudung, pakaian kanak-kanak, baju kurung, kain pasang dan banyak lagi. Anda tidak semestinya menjual barang yang sama sebaliknya mencuba sesuatu yang baru.


maju kedepan   :-) 




POSTED BY KARTIKA

No comments:

Post a Comment