salam sejahtera.....
Saya kali ini ingin berkongsi pendapat tentang berpendapat Perniagaan yang boleh dijalankan
di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh semua orang. Anda boleh
menjalankan perniagaan anda di rumah walaupun anda seorang kanak-kanak, tua,
lelaki atau perempuan. Anda boleh berjaya sekiranya anda mempunyai pelan
perancangan, idea, kesihatan dan komitmen yang bersungguh-sungguh. Anda juga
boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada orang yang berada di sekitar
anda. Contohnya
seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik beradik yang
akanmemberikan bantuan dalam bentuk material dan moral. Mereka perlu memahami
kerjaya dan sentiasa memberikan sokongan.
Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi
sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya. Bayangan
kegagalan sentiasa bermain di fikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda
perlu bersikap terbuka dan yakin di atas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga
perlu memastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang
akan anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.
Setiap
usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat
perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh
usaha anda. Sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan
gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amat mustahil bagi
kita memenuhi semua tuntutan mereka.
Pengalaman
dan pengetahuan di dalam bidang yang akan anda ceburi nanti juga merupakan satu
perkara penting yang akan menjadi ‘guru’ yang amat bernilai kepada anda kelak.
Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda. Tanpa membuat pendedahan
dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna tiada gunanya usaha anda itu.
Pendedahan yang dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu penting di dalam
perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan.
Sebab
itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan sebahagian besar
belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja. Mereka akan memberitahu
dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan meluas sekali. Bakal-bakal
pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang sedang dijalankan dan bagaimana
mereka boleh menghubungi anda kelak.
Bagi saya cara yang murah untuk membuat iklan ialah dengan mengedarkan risalah atau flyer perniagaan anda yang lengkap dengan alamat dan nombor telefon bagi memudahkan mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai kemudahan lain seperti mesin faks, komputer dan internet ini boleh menambahkan lagi keupayaan perniagaan anda di mana anda boleh menjalankan perniagaan secara meluas tanpa sempadan.
Gunakan
semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda mampu bagi
meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah juga
merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda dengan kos yang
agak murah. Kad-kad perniagaan ataubusiness card juga penting. Anda boleh
dihubungi dan menghubungi pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara
terus, surat menyurat, telefon, faks, e-mel, internet dan sebagainya.
Perniagaan
yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh memilih berbagai
kategori yang ada. Ramai orang yang memulakan perniagaan tidak mempunyai
pengalaman yang mencukupi, sebaliknya mereka maju dan berkembang melalui
fizikal dan mental yang kuat serta modal dalam bentuk wang.
Pemasaran
yang lebih mudah akan membantu meningkatkan perniagaan anda dengan lebih cepat
lagi. Salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat dan popular serta tidak
memerlukan kemahiran yang tinggi ialah dengan menggunakan kaedah mail order
ataupun menggunanakan kaedah urusniaga pos.
Harap apa yang saya sampai kan ini akan memberi minat kepada anda semua :-)
POSTED BY KARTIKA
No comments:
Post a Comment