Sebagaimana yang kita nampak pada hari ini, antara perniagaan yang boleh menguntungkan kita ialah kedai makan. Di sini kami ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk memulakan perniagaan kedai makan dari segi cara2 menghidang makanan, memasak makanan yang sedap, lokasi kedai, dan juga cara untuk menarik pelanggan untuk makan di kedai anda.
1. Buat analisis berkenaan dengan lokasi
Jika anda menjual barangan yang murah bagaimana sekalipun, jika lokasinya salah, maka perniagaan ini tidak akan berjaya. Contohnya anda menjual ikan sejuk beku di perkampungan nelayan. Tentulah tidak ada orang akan membeli, kerana mereka boleh mendapat ikan segar dengan mudah.
2. Buat analisa komposisi penduduk
Untuk restoran, anda perlu tahu siapa yang tinggal di situ ? apa bangsa mereka ? adakah mereka akan membeli daripada anda ?
3. Apakah sasaran pasaran (target market) anda ?
Anda tidak mungkin untuk berjaya jual kepada semua orang. Anda perlu mempunyai sasaran yang jelas dan tepat. Cuba kecilkan sasaran anda. Anda akan boleh menembak dengan lebih tepat. Jika anda cuba tembak ke semua arah, mungkin tidak ada satu pun yang akan mengena.
4. Apakah penduduk ini akan berminat dengan masakan anda ?
Jika kawasan itu adalah kawasan orang India atau Melayu, mereka tentu mahukan masakan yang pedas dan berkuah. Minat satu-satu jenis makanan wajar dikenalpasti dari awal. Buat menu makanan dan tentukan apa yang ada dalam menu tersebut. Cuba buat sample dahulu dan tanya kepada kawan-kawan anda untuk mereka memberi komen dan pandangan. Buat semula dan tunjuk semula sehingga anda benar-benar puas hati.
5. Dari segi operasi anda perlu tentukan individu yang akan memenuhi jawatan-jawatan ini
- Pengurus – Seseorang yang perlu menguruskan pembelian bahan mentah, rokok, masalah dengan pelanggan, kutipan bayaran, urusan dengan pihak berkuasa seperti DBKL atau Polis, menjamin kualiti perkhidmatan sentiasa dipelihara
-Chef – Banyak restoran lingkup kerana Chef lari untuk bekerja di tempat lain atau balik ke kampung. Jadi anda perlu menjaga Chef ini dengan baik dan cuba ikat dia dengan anda. Selain itu, anda juga perlu menyediakan back-up plan jika Chef anda lari .
-Pelayan – Bagaimana kaedah mendapatkan pelayan restoran yang murah dan boleh mempelajari kemahiran dengan cepat dan cekap ? Mungkin anda perlu mengambil dari negara luar kerana anak-anak Melayu tidak berminat untuk bekerja sebegini. Jika di luar, apa pula prosedurnya dan bagaimana memohon ?
6. Wang operasi simpanan – Walaupun anda merasa anda telah melakukan kesemuanya, tentu ada perkara tertinggal ataupun sesuatu yang anda perlu belanjakan secara berterusan. Untuk semua ini, anda perlu ada wang operasi simpanan untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan. Anggap jika anda tidak mempunyai perniagaan langsung selama 6 bulan, wang inilah yang akan membiayai perniagaan anda. Wang ini perlu disimpan dan hanya diambil apabila benar-benar perlu.
Petanda bahawa anda perlu gunakan duit ini adalah apabila, jika tidak digunakan, ia akan menjejaskan pendapatan restoran anda. Contohnya apabila bekalan elektrik dipotong kerana tidak dapat di bayar. Pada waktu sebeginilah anda perlu gunakan wang operasi simpanan ini.
Saya pasti ada banyak lagi senarai semak yang perlu anda, mungkin anda sebagai pembaca boleh menyumbang bersama beberapa point yang anda tahu.
terima kasih....
POSTED BY AFHAM
No comments:
Post a Comment