Pages

Friday 21 September 2012

bisnes permainan video


PLAYSTATION 2

PLAYSTATION 3

        Tentu anda semasa remaja (biasa yang lelaki la) pernah bermain permainan video seperti PSP, PS1, PS2 dan lain-lain bukan??..saya pun begitu juga..sampai sekarang pun saya masih bermain lagi permainan video ini...^^,..kalau anda tak percaya cubalah anda pergi ke kedai permainan video ini mesti ramai pelanggan terdiri daripada golongan remaja sekolah rendah dan menengah..tak kurang juga dari golongan yang dah diberi pengiktirafan sebagai PHD iaitu Pelajaran Habis Dah...hehehe..

       Saya mase zaman sekolah dulu pun pernah gak terhabiskan duit belanja kat kedai game ni..memang 'berhantu' kedai game ny..time lalu jer msti nk singgah..kalau dah singgah uh mesti main dulu 1-2 game baru kuar..anda bayangkan la kalau main selama sejam dikenakan bayaran sebanyak RM2.50..lagi best bila ada promotion "main dulu bayar kemudian"..bila dah seronok main tak terasa pun masa bermain dah melebihi 3 jam..bermakna RM7.50 bakal melayang..ini jumlah perbelanjaan untuk arini..takkan esok tak main kan..so anda kiralah sendiri jika seorang yang bermain selama sejam, anda akan mendapat RM2.50 dalam satu hari..berapa pula jika sebulan?..dengan modal RM1500 untuk membeli 2 PS2 dan 2 buah tv...anda sudah boleh mendapat pulangan modal dalam 1 bulan sahaja...:)


antara game yang paling feymes di antara kaki gamers

Posted by : Fahizul

Peluang Perniagaan Cyber Cafe




Salam Sejahtera..... :-) 


      Hye……apa yang anda tahu, perniagaan Cyber Cafe semakin hari semakin berkembang seiring dengan perkembangan teknologi masakini. Namun, masihkah ada lagi peluang untuk mengaut keuntungan dari Perniagaan Cyber Cafe ini. Bukan apa.. persaingan semakin tinggi bagi Perniagaan Cyber Cafe ini.betul tak???

Walau apa pun, jika anda ingin membuka Perniagaan Cyber Cafe anda sendiri, masih terdapat lagi syarikat yang boleh  membekalkan peralatan komputer secara ansuran. Ini adalah untuk memudahkan bakal usahawan yang hendak memulakan perniagaan cyber cafe tanpa mengeluarkan modal permulaan yang tinggi.

Antara Faktor penting untuk membuka Perniagaan Cyber Cafe ialah...........
1. Pemilihan Lokasi
2. Pemilihan Hardware
3. Pemilihan corak pengurusan
4. Modal

Persaingan sentiasa ada setiap hari. Tidak kira persaingan dekat atau jauh, mesti tetap ada. Bila perniagaan cyber cafe kita sudah ditubuhkan, maka cyber cafe anda akan  mempunyai pelanggan tetap. Walaupun perniagaan kita sudah ditubuhkan, tidak semestinya pelanggan akan kekal. Sebagai peniaga yang nak berniaga lama, mestilah sentiasa update  dengan persaing kita.







Harap anda yang saya kata akan akan memberi manfaat ;-).....







POSTED BY KARTIKA  








Di RuMAh SecaRa OnlinE



Salam Sejahtera.......





     Macam yang anda tahu , sejak akhir-akhir ini ramai yang mencari perniagaan dari rumah. Perniagaan dari rumah bermaksud menjalankan sesuatu perniagaan yang tidak memerlukan ruang kedai atau pejabat sebaliknya hanya dilakukan di rumah. Perniagaan dari rumah boleh dilakukan secara partime atau sampingan. Biasanya ramai suri rumah mencari kegiatan sampingan yang boleh dilakukan bagi memenuhi masa yang banyak di rumah. Secara tidak langsung menambahkan pandapatan seisi keluarga dan meringankan beban suami.



      Antara perniagaan yang boleh dilakukan d irumah pada masakini ialah perniagaan secara online menggunakan internet. Anda boleh menjual pelbagai jenis produk seperti baju kanak-kanak, pakaian wanita, cadar, dan sebagainya. Ada juga yang membuat sendiri cupcake untuk dijual. Anda juga boleh memberi perkhidmatan membuat blog, laman web, designer, dan lain-lain lagi. Banyak lagi sebenarnya perniagaan yang anda boleh lakukan di rumah, anda boleh fikirkan sendiri saya rasa untuk cara lain. 



     Dengan cara ini anda dapat menjalan bisnes anda dan mudah dan menjimatkan masa. Selain itu anda akan dapat sambutan yang mengalakkan nanti. Apa pun anda mesti  menggunakan  strategi anda .




Thank kerana sudi membaca maklumat daripada  saya .........



POSTED BY KARTIKA.....

PeRnIAgAAN alATaN tUliS




Salam sejahtera..... :-)




    Siapa  yang tidak mengenali alat tulis kan  huhuhu . Satu kelengkapan yang boleh dikatakan penting untuk pelajar sekolah dan pekerja-pekerja di pejabat. Biasanya alat tulis merujuk kepada semua perkakasan yang digunakan bagi menulis. Ia termasuk penulisan yang menggunakan pen, kapur tulis dan marker pen.

   Anda  ingin  yang cuba menceburi bidang perniagaan alat tulis ini. Perniagaan ini biasanya memerlukan modal yang tidaklah begitu besar. Namun, anda yang menceburi perniagaan alat tulis ini perlu bijak membuat pemasaran. Jika tidak, perniagaan alat tulis anda tidak ke mana. 

     Pada pendapat saya, Perniagaan ini sememangnya banyak mempunyai persaingan terutama peniaga yang sudah lama bertapak dalam perniagaan ini. Selai itu,  anda mestilah pandai membuat keputusan dalam lokasi yang anda pilih. 


Saya harap apa yang kongsikan dapat memberi  sedikit banyak maklumat kepada anda :-)




POSTED BY KARTIKA

BUSINES OPPORTUNITY: Cara Untuk Memulakan Perniagaan Kedai Makan

BUSINES OPPORTUNITY: Cara Untuk Memulakan Perniagaan Kedai Makan: Sebagaimana yang kita nampak pada hari ini, antara perniagaan yang boleh menguntungkan kita ialah kedai makan. Di sini kami ingi...

PELUANG PERNIAGAAN


assalamualaikum n salam sejahtera.... :-)





     Bagi pendapat saya peluang perniagaan ini  akan mewujudnya idea kreatif dan inovatif contohnya permiagaan runcit , hardware , workshop , peralatan , sukan , development ,perkhidmatan , dobi dan lain-lain. Selain  itu, ia juga akan mewujudkan daya saing yang sihat. Pelbagai sebab wujud keupayaan individu penting. Keadaan kesihatan yang tidak sihat akan merendahkan produktiviti seseorang individu.




    saya berpendapat juga ,  ia akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara dan meningkat kan pendapatan hidup anda kerana peluang perniagaan. selain itu, ia memberi sumber keperluan harian kepada anda sekeliling.


  
    Selain itu, peluang perniagaan juga akan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat kerana semakin banyak perniagaan maka bayak jawatan akn diminta oleh perniagaan tersebut.peluang perniagaan sememangnya memberi manfaat kepada kita semua. 

Apakah anda terfikir begitu juga?? 



POSTED BY KARTIKA

PERNIAGAAN HIASAN DALAMAN

Hye,,,,,

untuk semua yang hendak memulakan perniagaan tentang hiasan dalaman, saya ada tips yang hendak dikongsikan kepada anda semua......

           Sebelum melibatkan diri di dalam mana-mana perniagaan, adalah penting bagi setiap bakal 
usahawan membuat tinjauan terhadap kemampuan diri dan terhadap dayamaju perniagaan yang 
bakal diceburi. Maklumat asas yang perlu diketahui oleh bakal usahawan dari segi keperluan 
modal dan kos perniagaan sementara maklumat tambahan adalah seperti faktor-faktor 
persaingan dan maklumat persekitaran contohnya syarat penubuhan perniagaan seperti aspek 
perlesenan dan  perundangan. Pengetahuan clan keanggotaan di dalam persatuan-persatuan 
yang berkaitan dengan pemiagaan juga membolehkan bakal  usahawan mendapatkan dan 
menambahkan maklumat lanjut berkaitan dengan perniagaan  dari masa ke semasa dan 
seterusnya dapat mewujudkan jaringan perhubungan di dalam perniagaan.       


(A) Pengusaha

1). Kelayakkan yang diperlukan
Seseorang yang ingin memulakan perniagaan  hiasan dalaman perlulah sekurang-kurang
memiliki kelayakan Sijil Rendah Pelajaran di samping mempunyai bakat dan minat yang
mendalam terhadap bidang ini. Manakala untuk meningkatkan daya saing, pemilikan sijil-sijil
profesional yang berkaitan seperti sijil profesional di bidang hiasan dalaman, alam bina dan
rekabentuk pengkomputeran adalah merupakan satu kelebihan kepada pengusaha.



(B) Produk

Dalam aspek produk, perkara yang dibincangkan adalah kategori produk (perabot dan  hiasan
pelengkap/'finishing'), bagaimana bekalan diperolehi, bilangan pembekal, cara pembayaran,
peralatan khusus perniagaan, peletakan harga produk dan kaedah melakukan jualan.


(C) Operasi

1) Hari/Waktu Beroperasi
Kebanyakkan peniagaan hiasan dalaman di buka setiap hari (tujuh hari seminggu). Peniaga
biasanya membuka perniagaan dari pukul 10 pagi sehingga 10 malam.

2)Bilangan pekerja
Jumlah bilangan pekerja yang diperlukan bagi memastikan perniagaan berjalan dengan lancar
tidak tertakluk kepada keluasan premis perniagaan. Secara purata, peniaga boleh mengambil di
antara satu hingga tiga orang pekerja tetap.


(D) Pasaran

1). Kumpulan Sasaran/Jenis Pelanggan
Kumpulan sasaran perniagaan ini adalah pelanggan-pelanggan residen dan organisasi yang
datang dan terus membeli di premis perniagaan. Di samping itu peniaga boleh menambahkan
pelanggan dengan mendapatkan kontrak atau tempahan daripada hotel atau restoran.
Kontrak jangka panjang biasanya didapati melalui kenalan atau saudara  mara dan juga
promosi yang dilakukan.
2). Pesaing Utama
Pesaing utama peniagaan ini  adalah peniaga-peniaga hiasan dalaman yang berniaga
berdekatan dengan premis, peniaga-peniaga yang lebih besar yang telah lama beroperasi  dan
kedai-kedai rangkaian hiasan dalaman.


(E) Kewangan

1). Jumlah Jualan Bersih
Peniaga boleh menjangkakan jualan bersih di  antara RM6,000 hingga RM100,000
sebulan. Secara puratanya jumlah jualan bersih antara RM40,000 hingga RM80,000.
Adakalanya jumlah jualan bersih akan meningkat sehingga mencapai RM200,000
terutama sekali jika peniaga mendapat kontrak yang besar. Bagi premis perniagaan
yang terletak di pusat membeli belah jumlah jualan bersih  sebulan antara RM60,000
hingga RM100,000, manakala di pusat perdagangan antara RM70,000 hingga
RM80,000 dan di bangunan persendirian antara RM60,000 hingga RM 100,000.
2). Titik Pulang Modal Perniagaan
Pada kebiasaannya titik pulang modal perniagaan hiasan dalaman adalah di antara
RM7,500 hingga RM10,000 sebulan. Kadangkala peniaga boleh juga memperolehi titik
pulang modal perniagaan di antara RM20,000 hingga RM23,000. Manakala bagi premis
perniagaan hiasan dalaman yang terletak di pusat membeli belah majoriti titik
pulangan modalnya iaitu antara RM7,500 hingga RM10,000, di pusat perdagangan
antara  RM15,000 hingga RM20,000 dan pemiagaan di bangunan persendirian antara
RM20,000 hingga RM30,000.


(F) Promosi

Adalah penting bagi memajukan sesebuah syarikat menjalankan promosi bagi memberi
maklumat kepada orang ramai dan dapat menyakinkan mereka dengan barangan atau
perkhidmatan yang ditawarkan. Promosi boleh dijalankan melalui pengiklanan seperti di
dalam suratkabar, majalah dan `Yellow Pages'. Promosi kaedah langsung juga boleh
dilakukan melalui penggunaan fliers brochure, clan katalog. Pada kebiasaanya promosi
dijalankan semasa musim-musim perayaan clan apabila produk baru diperkenalkan.
Sesuai dengan kemajuan teknologi terkini kaedah promosi melalui internet perlu
dilakukan dan peniaga-peniaga boleh membuat 'homepage' serta laman web mereka
sendiri.

   

          


Perubatan Tradisional

Perubatan Tradisional: Antara Manfaat Dengan Risiko 


        



        kebanyakan sediaan herba dibekalkan dalam beberapa bentuk dos. Ramai yang mempersoalkan tentang ketepatan dan keberkesanan dos-dos tersebut. Pengamal perubatan tradisional yang berpengalaman mengatakan bahawa ini tidaklah bermakna pengamal perubatan tradisional tidak tahu langsung tentang amaun ubat yang diberikan. Ada ketikanya sediaan tersebut diberikan berasaskan pertimbangan yang dibuat oleh pengamal sendiri berdasarkan pengalaman lalu dan keadaan pesakit. Pengamal-pengamal perubatan tradisional yang berpengalaman dan terlatih selalunya akan memberikan dos-dos yang berlainan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. 
      Mereka juga menegaskan tentang perbezaan dos dari segi jantina serta memberikan peringatan khas kepada wanita terutamanya yang hamil. Di dalam kebanyakan kes, wanita-wanita hamil tidak digalakkan memakan ubat-ubat tradisional tanpa sebarang nasihat khusus mengenainya. Oleh yang demikian perhubungan di antara pengamal dan pesakit adalah mustahak dan perlu untuk menentukan bentuk perubatan alternatif ini berkesan dan memberi manfaat. Keterangan yang tepat dapat membantu untuk lebih memahami kesan baik dan buruknya sesuatu persediaan tersebut. 


         Praktis perubatan tradisional melarang pengambilan beberapa jenis makanan di atas beberapa sebab yang lazimnya berkaitan dengan konsep perubatan tradisional itu sendiri. Walau apa pun pandangan masyarakat terhadap perubatan tradisional ini, seperkara yang harus diingatkan bahawa seperti perubatan moden juga ia bukanlah satu sistem perubatan yang tiada cacat-celanya. Ketika membincangkan kekurangan data saintifik mengenai keberkesanannya, ramai yang masih ragu tentang ketepatan dos yang diberikan dan diagnosis yang mungkin kurang tepat. Walau bagaimanapun, perkara ini pun boleh berlaku di dalam sistem perubatan moden. Oleh itu adalah lebih baik meyakinkan dan bermakna sekiranya amalan perubatan tradisional ini dilakukan oleh orang yang betul-betul berpengalaman dan pakar dalam bidang tersebut. 

POST NUR AMIRAH 

PERNIGAAN KEDAI RUNCIT


  • Tip untuk Mengusaha Perniagaan Runcit

Untuk semua yang hendak memulakan perniagaan, banyak tips yang kami beri untuk anda. Sebelum kita membuat keputusan untuk membuka atau mengusahakan perniagaan runcit, pastikan kita mesti ada cara yang perlu tahu iaitu:

  • Anda belajar selok-belok perniagaan ini dari mereka menjalankan perniagaan yang sama.
  • Anda perlu belajar tentang asas-asas perniagaan bagi membolehkan anda mendapat pengetahuan secukupnya dalam setiap sudut perniagaan ini.
  • Anda perlu belajar daripada pengalaman orang lain dari terus kekal dengan idea sendiri kerana mungkin idea tersebut tidak semestinya praktikal.
  • Seseorang usahawan itu mesti 'hands-on' dalam mengusahakan perniagaan. 
  • Jangan terlebih atau terkurang dalam membayar gaji kakitangan anda.Bayarlah gaji mereka mengikut kadar yang berpatutan. 
  • Apabila anda membuat keputusan untuk terlibat dalam perniagaan, lakukan dengan betul dan berdisplin serta penuh komitmen.Usahalah perniagaan anda dengan sepenuh hati. 
  • Beri sepenuh tumpuan dalam perniagaan. Jangan mempelbagaikan perniagaan ke bidang lain menggunakan wang dari perniagaan yang sedia ada. Elakkan dari perkara penting ini. 
  • Anda perlu prihatin terhadap kos.Jangan membelanjakan wang hasil kerja keras anda ke atas perkara-perkara yang tidak berfaeadah. 
  • Jangan campur-aduk perbelanjaan perniagaan dengan perbelanjaan peribadi. 
  • Usahalah perniagaan yang membezakan anda dari orang lain yang terlibat dalam perniagaan yang sama. Jadikan perniagaan anda sesuatu yang istimewa dan unik untuk berbeza anda dari orang lain. 
  •  Jangan jalankan perniagaan dalam premis milik anda yang boleh di sewa dengan kadar yang tinggi. Sebaliknya carilah premis yang lebih murah yang bersesuaian dengan dengan bajet anda. 
  •  Apabila menyewa , rancang dan buatlah bajet yang betul bagi memastikan kadar sewa premis mengikut bajet anda. Jangan menyewa di tempat yang mahal walaupun ianya merupakan tempat yang stragetik. 
  • Sebelum mencari lokasi perniagaan anda, buatlah perancangan, sediakan bajet dan aliran wang tunai, dapatkan pengesahan-pengesahan yang perlu seperti pinjaman bank, lesen-lesen, sebut harga dan lain-lain perkara terlebih dahulu. Lokasi yang baik tidak akan menunggu anda.
  • Tiada salahnya jika anda menjalankan perniagaan bersebelahan dengan pesaing anda sekiranya anda tahu kekuatan diri anda dan kelemahan pesaing anda...

  •    

  • POST NUR AMIRAH